I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 13 June 2011

UNIVERSITI KUALA LUMPUR


Asalamualaikum . .hai ^_^ Sejak-sejak ini aku rajin menulis blog tentang percintaan aku yang kini sudah musnah . .mesti rakan-rakan sudah bosan kan sebab tak ada cerita lain ke aku nak cerita . .hehe . .sekarang perasaan sunyi ,kecewa dan sedih yang kian hebat bergelora di jiwa aku kini tentang rakan-rakan seperjuanganku . .mereka telah pun memilih masa depan mereka . .dan mereka telah meneruskan pelajaran mereka di UITM,di MATRIK,di UIA dan sebagainya . .taniah kepada rakan-rakan ku yang telah berjaya  . .dan tak kurang hebatnya rakanku ini yang telah memilih kolej-kolej yang memang terbaik seperti UNITI dan baru-baru ini rakan ku telah mendaftarkan diri di KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) tak lupa juga rakan ku yang telah berada di UNIVERSITI PLKN . haha . .apa la khabar la rakan ku itu . .ada juga yang telah menerima tawaran POLITEKNIK yang akan mendaftarkan diri mereka pada 3.07.2011 . .TANIAH kerana telah milih masa depan dan haluan anda sendiri . .aku doakan semoga korang berjaya . .amin . .rakan-rakan rapat ku kini semuanya sudah memilih haluan masing-masing .. tinggal la aku yang hanya menunggu masa untuk mendaftarkan diri seperti mereka.  .malangya tarikh daftar aku yang paling lambat ..ternyata aku memang sunyi tanpa kehadiran rakan-rakanku . .betapa pentingnya rakan itu .
              Ok aku akan kembali ke tajuk asal aku . .mesti korang tertanya-tanya kan aku akan sambung belajar di mana . .ok kini aku akan dedah kan di mana aku akan menuntut ilmu . .come ikut cerita aku ni . .aku telah dilamar oleh UNIVERSITI KUALA LUMPUR dalam DIPLOMA OF ENGINEERING TECHNOLOGY IN ELECTRICAL AND ELECTRONIC . .aku memang minat sangat ENGINEERING EE nie . sebab aku pon memang asal dari budak EE kt sekolah dulu . .budak teknik la kata kan . .dulu masa form 4 aku dapat kos electric n electronic ni memang aku tak minat . .aku ambil je kos ni dan cuba bawak . .makin lama aku makin sayang pulak dengan kos EE ni . .rasa rugi kalau aku tukar kos lain bila smbg diploma . so aku terus kan usaha aku untuk sambung kos yang sama . .
              Lokasi di JLN SUNGAI PUSU GOMBAK, SELANGOR . .jadi dengan rasminya aku bakal menjadi orang KUALA LUMPUR dalam masa 3 tahun . .kalau ada rezeki nak sambung BACHELOR kat sini jugak . .jadi makin lama la gamaknya . .hehe . .tapi memandangkan MAK USU dan PAK USU aku menetap di RAWANG jadi aku ada la tempat bergantung sikit . .bila cuti boleh la aku pulang ke rumah mereka . .sangat menyeronokkan (:  dan tarikh melaporkan diri disana pada 17.7.2011 . .pada ari ahad . .rasa tak sabar untuk melihat tempat yang bakal aku duduki  . .ok selain UNIKL aku juga telah di lamar oleh POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH BEHRANG dalam kos DIPLOMA KEJUTERAAN ELEKTRIK ..dan memandang kan dekat PERAK ayah aku telah isytiharkan aku untuk terima UNIKL . .dan dengan segala hormatnya aku telah menolak POLITEKNIK . .selain politeknik,bermacam-macam kolej juga aku dapat . .PTPL,SEGI,YPJ,UNITI,KLIUC,KOLEJ YAYASAN,KOLEJ SYAHPUTRA dan yang lain . .yang malangnya semuanya SWASTA . .hanya POLITEKNIK sahaja kerajaan .

          Tapi memandang kan ayah aku beri kata putus agar memilih UNIKL so aku pilih la . .memang aku nak kan UNIKL akhirnya dapat jugak  . .ramai yang cakap kenapa pilih SWASTA bukan KERAJAAN . .dan ramai jugak rakan-rakan yang memang tak suka aku masuk UNIKL sebab mahal bayaran dia . .yela korang pandai dapat la kerajaan macam UITM kan . .aku ni tak dapat that why aku buat keputusan ambik SWASTA . .so korang tak payah nak salah kan aku . .tapi UNIKL memang la SWASTA tapi sistem pelajaran dia amat baik . .70% praktikal dan 30% hanya lisan . .dalam global kini memerlukan lebih banyak praktikal bukan hanya pada lisan . .rata-rata orang melebihkan pengalaman praktikal bukan sekadar lisan  . .so tak salah jugak aku terima UNIKL kan (:    
        Aku ingin menerangkan tentang pembayaran yuran UNIKL bagi korang yang belum faham . .ok UNIKL ini milik penuh MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) maka MARA telah memberi peruntukan untuk pelajar . .MARA telah memberi sebanyak RM 1500 untuk permulaan kemasukan . .untuk bayaran yuran . .dan apabila sampai di UNIKL pihak UNIKL akan menguruskan tentang pinjaman . .apabila lulus mara akan tanggung semua perbelanjaan semasa belajar . .yuran dan duit poket untuk pelajar turut disediakan dalam anggaran sebanyak RM500  bagi pelajar diploma . .dan bagi pointer 3.00 ke atas pinjaman anda akan dipotong mengikut kadar tertentu . .dan jika anda mencapai 3.00 ke atas dan target tercapai automatik pinjaman anda tidak perlu di bayar semula . .LUMAYAN kan? . .dan anda juga akan di offer oleh MARA untuk bekerja dengan mereka selama tempoh yang diberi dan automatik juga pinjaman anda telah langsai. .jadi natijahnya aku perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai target yang di beri agar pinjaman tidak perlu di bayar semula . .aku yang menentukan masa depan aku .. doakan aku di sana . .harapan aku akan berjaya sebagai seorang pelajar UNIKL BMI. .amin . .maaf jika informer yang aku berikan kurang tepat . .itu sekadar pengetahuan aku yang cetak ini . .harap di perbetulkan kan dan harap anda semua maafkan atas kesilapan yang telah saya lakukan . .

24 comments:

  1. Sis..Yuran permulaan kena bayar berapa ye?Maksud sy sebelum dpt pinjaman Mara...

    ReplyDelete
  2. nk tnye la contoh yuran pengajian rm48000. so duit tiap2 bulan dye tolak dri rm48000 tuh ke ?

    ReplyDelete
  3. politeknik n unikl,mna ok lgi??

    ReplyDelete
  4. sis nak tnya di mna mw tgo yuran untuk unikl bmi.. help me plezzzzzz

    ReplyDelete
  5. I just an offer from unikl mestesch. May i know how many deposit money we need to pay? Ke deposit tu ikut course yg kite dioffer? Hope you can reply ASAP. TQ

    ReplyDelete
  6. boleh semak dari surat tawaran yang boleh di download dari sistem semakan permohonan Unikl...sekarang dah xde surat tawaran pos ke rumah...semua dalam sistem jer

    ReplyDelete
  7. boleh semak dari surat tawaran yang boleh di download dari sistem semakan permohonan Unikl...sekarang dah xde surat tawaran pos ke rumah...semua dalam sistem jer

    ReplyDelete
  8. Berapa kos pengajian course nursing dan mestech ye? sy baru nak apply..

    ReplyDelete
  9. Berapa kos pengajian course nursing dan mestech ye? sy baru nak apply..

    ReplyDelete
  10. Farah Aminuddin, awak boleh tengok kat website Unikl Mestech. :)

    ReplyDelete
  11. Salam.sy dpt course sama dgn awk.pembelajaran susah x?klau dpt uni kerajaan mana lbih baik?kalau perempuan susah dpt kje k?

    ReplyDelete
  12. Saya lepasan diploma chemical eng. Unikl Alhamdulillah sudah mendapat pekerjaan di sektor oil& gas. :) klau nak saing2 unikl ni p lah merantau poli kuching sarawak kos petrochemical. Ramai jugak kawan dari situ. Yuran pun murah.

    ReplyDelete
  13. Saya lepasan diploma chemical eng. Unikl Alhamdulillah sudah mendapat pekerjaan di sektor oil& gas. :) klau nak saing2 unikl ni p lah merantau poli kuching sarawak kos petrochemical. Ramai jugak kawan dari situ. Yuran pun murah.

    ReplyDelete
  14. Kejap eh . Sye xfaham lagi yang yuran ni ..hee .. sye ad dpt unikl miit..kos cmputer n networking .. pastu yuran permulaan nk msuk tu brpe eh?

    ReplyDelete
  15. salam sis, saya dapat dip in pharmacy, so yuran pendaftaran saya dalam 2330, kiranya kena bayar sekaligus semua ke mara kasi potong

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kne bayar gne duit sndri atau mara bgy duit pinjaman awal..

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Nak tanya pasal yuran akhir semester ke 6 kena buat interns. Kursus dip in multimedia. Yuran akhir kena bayar atau tidak. Sebab tak ada kelas yang perlu attend untuk tempuh Jan 2020 - May 2020. Yuran semester RM4500.00 banyak kan.

    ReplyDelete
  18. Nak tanya betul ke admin unikltipupelajar.blogspot.com ni tulis? Sebab banyak kontroversi dia dedahkan pasal unikl ni

    ReplyDelete
  19. Vegas Sands Casino & Resort in Las Vegas - Treasure
    The Las Vegas Sands Casino & 바카라 Resort is home to 제왕카지노 one of Las Vegas' most famous gaming resorts and is septcasino set on the Vegas Strip.

    ReplyDelete