I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 29 November 2011

Ombak Rindu


Ombak Rindu adalah sebuah novel berbahasa melayu karya Fauziah Ashari .Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu.


Sinopsis

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?








Satu filem kini diadaptasi dari novel ini akan ditayangkan 1 DISEMBER 2011 .Selepas novel lagenda budak setan diadaptasi kini satu lagi novel yang telahpun diadaptasi iaitu Ombak Rindu.Bolehkan filem ombak rindu ini menjadi box office seperti filem-filem yang lain? Tak dinafikan jalan cerita novel ini amat menarik dan menyayat hati para pembaca.Mampukah maya karin membawa watak Izzah seperti di dalam Novel Ombak Rindu ini? Dapatkah Maya Karin mendalami watak Izzah yang amat menderita dan sengsara itu.Dan mampukah Aaron Aziz memegang watak Hariz?Tunggu dan lihat pada Khamis ini.Cik Iza tidak mungkin akan melepaskan filem ini.Tak sabar menanti kehadiran khamis ini .Cik Iza nak tegok bagaimanakah  sambutan peminat akan cerita Ombak Rindu ini.Yang Cik Iza tak tahan hero dia Aaron Aziz yang mengambil watak Hariz. Boleh tergugat iman cik Iza melihat dia.Handsome bangat . .hehe. .Tak lupa pula Mia Amylia watak yang akan dipegang oleh Lisa Surihani sebagai isteri kedua Hariz yang tidak dicintainya.

Tapi Cik Iza suka sangat lagu dari filem Ombak Rindu ini.Sangat menyentuh hati Cik Iza.Mari cik iza tinggal kan lirik tersebut dan korang boleh la cari lagu tu dan degar ya.selamat mendengar (:

OST OMBAK RINDU-HAFIZ&ADIRA

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung



Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…

uuu…uuu..

No comments:

Post a Comment