I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 28 October 2011

SiNgLe

Asalamualaikum.hai .pagi camni teringin pulak nak tulis blog .kalau tulis hari-hari pun bukan ada orang nak baca .al maklum la aku tak famous macam korang yang ada blog yang cantik dan cerita-cerita yang menarik. .post hari ini aku nak cerita pasal SINGLE.apa maksud sebenar single ni?.Sememangnya single bermaksud berseorangan.that mean tak ada COUPLE laa.Tapi sebenarnya single tidak bermakna tak laku.Cuma mungkin belum diberi jodoh yang sesuaikan.Kenyataannya tuan blog ini memang seorang yang SINGLE.Kadang-kadang hati ini tercuit ketika melihat pasangan-pasangan yang sedang dilamun cinta.Rasa bahagia melihat mereka.Kawan-kawan sibuk bersama handphone masing-masing.Tak lekang senyum dibibir tatkala mereka membaca pesanan ringkas dari buah hati masing-masing atau mendapat panggilan dari orang yang mereka sayang.Eyza rasa cemburu jugak la bila melihatnya.Tapi Eyza doakan mereka bahagia hingga ke jinjang pelamin hendaknya.Amin.Yela time Eyza ada COUPLE dulu Eyza akan rasa macam mereka jugak.Sentiasa gembira dan tertunggu-tunggu pesanan ringkas atau panggilan dari orang tersayang.Tetapi bila dah gaduh memang payah la nak berbaik.Dari kawan memang mudah menjadi kekasih tetapi dari kekasih nak jadi kawan memang susah.Couple boleh memutuskan persahabatan juga contohnya apabila seseorang yang mempunyai pasangan mereka akan selalu meluangkan masa dengan pasangan masing-masing sehingga lansung tidak meluangkan masa sedikitpun untuk rakan-rakan mereka sendiri.Mengabaikan kawan yang telah berkawan dengan kita dari kecil.Ingatlah apabila mempunyai pasangan jadi la seorang yang adil antara kawan dengan pasangan.Kawan hingga ke akhir hayat tetapi kekasih belum pasti akan menjadi pasangan hidup kita kelak nanti.Eyza rasa sunyi pula bila tak ada pasangan ini.Tapi Eyza masih gembira lagi sebab Eyza ada family yang Eyza sayang dan kawan-kawan yang funny.Mungkin tuhan belom nak bagi jodoh kot kat Eyza.Cinta kepada tuhan adalah anugerah terindah yang kita semua miliki.Tetapi Eyza terasa diri ini kerdil dengan Allah.Masih lalai dan leka dengan nikmat dunia yang hanya sementara.Masih belom meninggalkan larangan-larangannya. Eyza masih belom cukup lagi untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.Semoga Eyza dapat memperbaiki diri dengan lebih lagi.Amin.Ya Allah berilah jodohku dengan orang-orang yang beriman agar dapat membimbing aku ini kelak.Amin.Cinta lah seseorang itu kerana Allah S.W.T.Sekian.Wasalam


Saturday, 1 October 2011

CUPCAKE ♥

Asalammualaikum . .haii korang. .lame sangat rasenye tak update blog . .rindu sangat-sangat la . .biase laa dah blaja nie agak bz sedikit . .harini eyza adee topic yang agak menarik skit . .pasal cup cake . .actually eyza memang minat buat kek tapi ilmu didada belum cukup lagi nk buat cupcake macam orang-orang yang memang da profesional tentang cake-cake ni . .tapi memang minat sangat lahh bila tengok cupcake yg cute-cute rasa sweet sangat . .sayang taw nak makan . .mari lah kita tengok gambar-gambar cupcake