I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 21 June 2011

♥NORA ELENA♥

Asalamualaikum . .hai hari ini eyza nak cerita kan sikit pasal cerita yang menjadi ranking teratas sekali . .memang cerita ni meletop la . hampir semua page kt fb eyza baca yang turut mengikuti cerita ini .. yang tak di sangka-sangka malah lelaki pon turut sama join the club tgok cerita cinta ini . .yela biasa yang kita dengar perempuan la yang selalu dok melepak depan tv tengok cerita cinta ini . .tapi tak sangka lelaki pun sama . .eyza juga mengaku yang eyza tak sangat mengikuti cerita ini sebab bz dan tak ada masa nak tengok . .lagi pun kalau dari awal tak tengok macam x best pulak kan . .so eyza tgok kadang-kadang  . .dan episod akhir cerita ini . .jadi eyza sangat lah kecewa sebab tak tahu jalan cerita sepenuhnya . .jelous sangat sebab tak dapat tengok cerita ini dari mula sampai akhir . .jadi dengan bantuan mediaprimatv.blogspot.com eyza dapat la tengok semula . .sangup tu mengadap laptop nak tengok cerita tu sampai habis . .tapi sekarang baru sampai episod 17 . .tak apa nanti eyza akan habis kan jugak ..memang eyza cakap la cerita dia BEST GILER . .romantik gitu . .hai eyza berangan la pulak nak dapat husband macam SETH .. owhh so sweet . .da laa lama-lama kunk da merepek pulak eyza ni . .oke la kita mula kan ke tajuk asal kita tadi . .mari eyza cerita kan sinopsis NORA ELENA ini . .

NORA ELENA♥
"Hakikatnya aku suami dan kau isteri.Perkahwinan ini adalah simpulan mati..Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua..sama ada awak nak jadi isteri saya sepenuh ke,setengah ke,suku ke,saya terima,saya redha" ~Seth~
NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel novel porpular terbitan Karangkraf-Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit di rogol 10 tahun yang lalu.Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam terebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu dengan Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri. Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa !
Penderitaanya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri. Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk.Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan?  Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar? Persimpangan  cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia, dan segala persoalan akan terjawab menerusi drama Nora Elena bermula 9 mei 2011, pada setiap hari isnin hingga khamis, jam 7 malam si slot akasia,hanya di TV3.
Cerita ini dah pun tamat pada minggu lepas . .mesti ada da tengok kesudahan cerita ini kan dan nora telah selamat melahirkan seorang bayi tetapi bayi itu telah dirampas oleh Yuvone PA kepada SETH yang telah lama menyimpan perasaan terhadap SETH . .tetapi akhirnya bayi itu telah dapat diselamatkan dan mereka bahagia . .happy ending ~

SEMASA SETH MENGHANTAR NORA ELENA KE BUTIK PENGANTIN


SEMASA NORA MENCUBA BAJU PENGANTINNYA


SEMASA NORA ELENA BERKAHWIN DENGAN SETH


PELAKON YANG TELAH MENJAYAKAN CERITA INI


HERO DAN HEROIN ♥


CERITA NORA ELENA DIADAPTASIKAN DARI NOVEL INI



2 comments:

  1. dah habis pom citer ni, tapi ending dia tak best, mengelabah je!
    hehe, semua orang admired kan kat si seth tu kan, hahahaha

    ReplyDelete
  2. taw xpe . .tp minat gler la cter niee . .seth tu sweet (:

    ReplyDelete