I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 26 June 2011

HANA TAJIMA


Asalamualaikum . .hai semua . .hari ini saya nak cerita serba sikit pasal shawl . .sekarang saya ada style shawl yang baru tak baru la . .but saya berkenan gila nak pkai macam ini . .ini semua pasal HANA TAJIMA♥ . .saya minat la style HANA TAJIMA ini . .memang style habis . .baru minggu lepas saya beli PASHMINA . .sebab nak ikot style dia la . .dan x lupa juga YUNA . .dia pon seorang yang style jugak . .ramai jugak ikot fesyen YUNA ni . .hehe . dulu saya memang kurang sikit nak menggaya kan shawl ini but sekarang ada kemajuan . .tapi saya nak tanya korang kenal ke siapa HANA TAJIMA ?

SIAPA HANA TAJIMA?

NAMA:HANA TAJIMA SIMPSON
KERJAYA:SEORANG FASHION DESIGNER
KACUKAN JAPANESE+BRITISH
                                                       STATUS:SUDAH BERKAHWIN
BERUMUR:23 TAHUN
HOBI :MENGGAYAKAN FESYEN TUDUNG


Hana Tajima ini boleh dikatakan sebagai ikon bagi remaja yang bertudung sekarang kerana beliau berjaya mempengaruhi ramai remaja dengan trend tudung beliau.

Mari kita lihat gambar-gambar beliau

styLE kAn?

mmG smArt gLEr

cUn hAbis

ikOn remAjA pAdA mAsA kiNi

fEsyEn yAng mEnArik ~

Oke kita da kenal kan siapa hana tajima . .so sekarang saya nak tunjuk kan pula jenis tudung yang diguna beliau . .tudung yang dinamakan PASHMINA. .
contoh-contohnya seperti



Nak tutorial macam mana nak pakai shawl Hana Tajima tAk?




Oke . .selamat mencuba (:

Tuesday, 21 June 2011

♥NORA ELENA♥

Asalamualaikum . .hai hari ini eyza nak cerita kan sikit pasal cerita yang menjadi ranking teratas sekali . .memang cerita ni meletop la . hampir semua page kt fb eyza baca yang turut mengikuti cerita ini .. yang tak di sangka-sangka malah lelaki pon turut sama join the club tgok cerita cinta ini . .yela biasa yang kita dengar perempuan la yang selalu dok melepak depan tv tengok cerita cinta ini . .tapi tak sangka lelaki pun sama . .eyza juga mengaku yang eyza tak sangat mengikuti cerita ini sebab bz dan tak ada masa nak tengok . .lagi pun kalau dari awal tak tengok macam x best pulak kan . .so eyza tgok kadang-kadang  . .dan episod akhir cerita ini . .jadi eyza sangat lah kecewa sebab tak tahu jalan cerita sepenuhnya . .jelous sangat sebab tak dapat tengok cerita ini dari mula sampai akhir . .jadi dengan bantuan mediaprimatv.blogspot.com eyza dapat la tengok semula . .sangup tu mengadap laptop nak tengok cerita tu sampai habis . .tapi sekarang baru sampai episod 17 . .tak apa nanti eyza akan habis kan jugak ..memang eyza cakap la cerita dia BEST GILER . .romantik gitu . .hai eyza berangan la pulak nak dapat husband macam SETH .. owhh so sweet . .da laa lama-lama kunk da merepek pulak eyza ni . .oke la kita mula kan ke tajuk asal kita tadi . .mari eyza cerita kan sinopsis NORA ELENA ini . .

NORA ELENA♥
"Hakikatnya aku suami dan kau isteri.Perkahwinan ini adalah simpulan mati..Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua..sama ada awak nak jadi isteri saya sepenuh ke,setengah ke,suku ke,saya terima,saya redha" ~Seth~
NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel novel porpular terbitan Karangkraf-Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit di rogol 10 tahun yang lalu.Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam terebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu dengan Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri. Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa !
Penderitaanya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri. Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk.Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan?  Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar? Persimpangan  cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia, dan segala persoalan akan terjawab menerusi drama Nora Elena bermula 9 mei 2011, pada setiap hari isnin hingga khamis, jam 7 malam si slot akasia,hanya di TV3.
Cerita ini dah pun tamat pada minggu lepas . .mesti ada da tengok kesudahan cerita ini kan dan nora telah selamat melahirkan seorang bayi tetapi bayi itu telah dirampas oleh Yuvone PA kepada SETH yang telah lama menyimpan perasaan terhadap SETH . .tetapi akhirnya bayi itu telah dapat diselamatkan dan mereka bahagia . .happy ending ~

SEMASA SETH MENGHANTAR NORA ELENA KE BUTIK PENGANTIN


SEMASA NORA MENCUBA BAJU PENGANTINNYA


SEMASA NORA ELENA BERKAHWIN DENGAN SETH


PELAKON YANG TELAH MENJAYAKAN CERITA INI


HERO DAN HEROIN ♥


CERITA NORA ELENA DIADAPTASIKAN DARI NOVEL INI



Friday, 17 June 2011

i LOvE yOu BRUNO MARS ♥

Anda kenal siapa BRUNO MARS?
Peter Gene Harnandez nama sebenar beliau (lahir 8 Okt 1985),lebih dikenali dengan nama pentasnya Bruno Mars.Beliau adalah penyanyi Amerika ,penulis lagu dan penerbit rekod.Mars adalah dari keluarga pemuzik dan mula membuat muzik pada usia muda.Selepas persembahan di pelbagai tempat muzik di kampung halamannya dan di seluruh tempat pada zaman kanak-kanaknya,beliau mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya muzik dan berpindah ke Los Angeles selepas lulus dari sekolah tinggi.Mars mula mengeluarkan lagu-lagu untuk artis lain,menyertai pasukan pengeluaran seperti Smeezingtons.Selepas bertugas Mars telah gagal dengan Motown Records, dan Mars menandatangani kontrak dengan Atlantic Records pada 2009.Beliau telah diiktiraf sebagai artis solo selepas pinjaman vokal beliau dan rakan-rakan penulisan untuk "Nothin 'On You"lagu oleh Bob,dan "Billionaire" oleh Travie McCoy.Beliau juga mengarang hits "Right Round" oleh Flo Rida ,Kesha memaparkan, "Wavin' Flag" oleh K'naan, dan "Fuck You" oleh Cee Lo Green.Pada bulan Oktober 2010,dia merialisasikan albumnya, Doo-Wops & Hooligans.Berlabuh dengan bilangan di seluruh dunia "Just the Way You Are" dan "Grenaed",album memuncak di tiga nombor pada Billboard 200.[2] Beliau telah dicalonkan untuk tujuh Grammys di Anugerah Grammy 53,memenangi Vokal Terbaik Pop Lelaki Prestasi bagi "Just the Way You Are".Muzik Mars terkenal dengan memaparkan pelbagai gaya dan pengaruh,dan mengandungi unsur-unsur genre muzik yang berbeza.Beliau telah bekerja dengan pelbagai artis dari genre yang berbeza.Mars mengakui bahawa pengaruh kerjasama beliau telah mempunyai muzik sendiri.Sebagai seorang anak,dia sangat dipengaruhi oleh artis seperti Elvis Presley dan Michael Jackson dan sering menyamar artis dari usia muda.Mars juga menggabungkan reggae dan Motown inspirasi bunyi ke dalam karyanya. Jon Caramanica The New York Times dirujuk ke Mars sebagai salah satu penyanyi yang paling versatile dan boleh dicapai dalam bentuk pop."[3].Lagu yang kian popular seperti The Lazy Song,Grenade,Marry You,Just the Way You Are,Nothin On You dan pelbagai lagu-lagu lain.Kini lagu Mars sering diputarkan di corong-corong radio atas permintaan peminatnya sendiri .Jadi tidak hairanla Mars sudah semakin popular di Malaysia atas bakat yang diperolehinya dan juga lagu-lagu nya yang sangat hebat dan Mars juga digilai oleh ramai wanita atas pakej yang ada pada diri beliau.Dan lagu beliau telah berjaya memikat peminat Malaysia terutamanya REMAJA . .Mari kita dengarkan lagu Bruno Mars. .semoga anda terhibur..Sekian . .

THE LAZY SONG


GREANED


MARRY YOU


Dan mari kita lihat gambar-gambar BRUNO MARS


KACAK KAN?

AWESOME !

COOL AND SMART

OMG . .SO SMART+COOL RIGHT?

NEW IMAGE SHOWING HE IS HANDSOME 

Monday, 13 June 2011

UNIVERSITI KUALA LUMPUR


Asalamualaikum . .hai ^_^ Sejak-sejak ini aku rajin menulis blog tentang percintaan aku yang kini sudah musnah . .mesti rakan-rakan sudah bosan kan sebab tak ada cerita lain ke aku nak cerita . .hehe . .sekarang perasaan sunyi ,kecewa dan sedih yang kian hebat bergelora di jiwa aku kini tentang rakan-rakan seperjuanganku . .mereka telah pun memilih masa depan mereka . .dan mereka telah meneruskan pelajaran mereka di UITM,di MATRIK,di UIA dan sebagainya . .taniah kepada rakan-rakan ku yang telah berjaya  . .dan tak kurang hebatnya rakanku ini yang telah memilih kolej-kolej yang memang terbaik seperti UNITI dan baru-baru ini rakan ku telah mendaftarkan diri di KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) tak lupa juga rakan ku yang telah berada di UNIVERSITI PLKN . haha . .apa la khabar la rakan ku itu . .ada juga yang telah menerima tawaran POLITEKNIK yang akan mendaftarkan diri mereka pada 3.07.2011 . .TANIAH kerana telah milih masa depan dan haluan anda sendiri . .aku doakan semoga korang berjaya . .amin . .rakan-rakan rapat ku kini semuanya sudah memilih haluan masing-masing .. tinggal la aku yang hanya menunggu masa untuk mendaftarkan diri seperti mereka.  .malangya tarikh daftar aku yang paling lambat ..ternyata aku memang sunyi tanpa kehadiran rakan-rakanku . .betapa pentingnya rakan itu .
              Ok aku akan kembali ke tajuk asal aku . .mesti korang tertanya-tanya kan aku akan sambung belajar di mana . .ok kini aku akan dedah kan di mana aku akan menuntut ilmu . .come ikut cerita aku ni . .aku telah dilamar oleh UNIVERSITI KUALA LUMPUR dalam DIPLOMA OF ENGINEERING TECHNOLOGY IN ELECTRICAL AND ELECTRONIC . .aku memang minat sangat ENGINEERING EE nie . sebab aku pon memang asal dari budak EE kt sekolah dulu . .budak teknik la kata kan . .dulu masa form 4 aku dapat kos electric n electronic ni memang aku tak minat . .aku ambil je kos ni dan cuba bawak . .makin lama aku makin sayang pulak dengan kos EE ni . .rasa rugi kalau aku tukar kos lain bila smbg diploma . so aku terus kan usaha aku untuk sambung kos yang sama . .
              Lokasi di JLN SUNGAI PUSU GOMBAK, SELANGOR . .jadi dengan rasminya aku bakal menjadi orang KUALA LUMPUR dalam masa 3 tahun . .kalau ada rezeki nak sambung BACHELOR kat sini jugak . .jadi makin lama la gamaknya . .hehe . .tapi memandangkan MAK USU dan PAK USU aku menetap di RAWANG jadi aku ada la tempat bergantung sikit . .bila cuti boleh la aku pulang ke rumah mereka . .sangat menyeronokkan (:  dan tarikh melaporkan diri disana pada 17.7.2011 . .pada ari ahad . .rasa tak sabar untuk melihat tempat yang bakal aku duduki  . .ok selain UNIKL aku juga telah di lamar oleh POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH BEHRANG dalam kos DIPLOMA KEJUTERAAN ELEKTRIK ..dan memandang kan dekat PERAK ayah aku telah isytiharkan aku untuk terima UNIKL . .dan dengan segala hormatnya aku telah menolak POLITEKNIK . .selain politeknik,bermacam-macam kolej juga aku dapat . .PTPL,SEGI,YPJ,UNITI,KLIUC,KOLEJ YAYASAN,KOLEJ SYAHPUTRA dan yang lain . .yang malangnya semuanya SWASTA . .hanya POLITEKNIK sahaja kerajaan .

          Tapi memandang kan ayah aku beri kata putus agar memilih UNIKL so aku pilih la . .memang aku nak kan UNIKL akhirnya dapat jugak  . .ramai yang cakap kenapa pilih SWASTA bukan KERAJAAN . .dan ramai jugak rakan-rakan yang memang tak suka aku masuk UNIKL sebab mahal bayaran dia . .yela korang pandai dapat la kerajaan macam UITM kan . .aku ni tak dapat that why aku buat keputusan ambik SWASTA . .so korang tak payah nak salah kan aku . .tapi UNIKL memang la SWASTA tapi sistem pelajaran dia amat baik . .70% praktikal dan 30% hanya lisan . .dalam global kini memerlukan lebih banyak praktikal bukan hanya pada lisan . .rata-rata orang melebihkan pengalaman praktikal bukan sekadar lisan  . .so tak salah jugak aku terima UNIKL kan (:    
        Aku ingin menerangkan tentang pembayaran yuran UNIKL bagi korang yang belum faham . .ok UNIKL ini milik penuh MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) maka MARA telah memberi peruntukan untuk pelajar . .MARA telah memberi sebanyak RM 1500 untuk permulaan kemasukan . .untuk bayaran yuran . .dan apabila sampai di UNIKL pihak UNIKL akan menguruskan tentang pinjaman . .apabila lulus mara akan tanggung semua perbelanjaan semasa belajar . .yuran dan duit poket untuk pelajar turut disediakan dalam anggaran sebanyak RM500  bagi pelajar diploma . .dan bagi pointer 3.00 ke atas pinjaman anda akan dipotong mengikut kadar tertentu . .dan jika anda mencapai 3.00 ke atas dan target tercapai automatik pinjaman anda tidak perlu di bayar semula . .LUMAYAN kan? . .dan anda juga akan di offer oleh MARA untuk bekerja dengan mereka selama tempoh yang diberi dan automatik juga pinjaman anda telah langsai. .jadi natijahnya aku perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai target yang di beri agar pinjaman tidak perlu di bayar semula . .aku yang menentukan masa depan aku .. doakan aku di sana . .harapan aku akan berjaya sebagai seorang pelajar UNIKL BMI. .amin . .maaf jika informer yang aku berikan kurang tepat . .itu sekadar pengetahuan aku yang cetak ini . .harap di perbetulkan kan dan harap anda semua maafkan atas kesilapan yang telah saya lakukan . .

Friday, 10 June 2011

7.06.2011

Asalamualaikum . .haii . .hari ini baru la aku ada masa nak tulis blog . .tak ke mana-mana . .duduk rumah je baru la ada masa . .aku ingatkan kebahagian milik aku sekarang tapi ternyata tidak. .perhubungan aku dengan EPUL tak kekal lama . .aku pon pelik la kenapa bila aku couple je mesti tak kekal lama . .ada yang lama pon buat hal jugak . .haha . .nasib-nasib . .kadang-kadang aku jeles jugak tengok orang couple . .bila da couple memang rasa bahagia . .selalu jumpa . .kuar sama-sama . .xpela . .lagi pun aku da nak belajar . .lagi baik aku lupakan pasal couple buat masa ini . .tapi walaupun aku couple dengan EPUL ni tak lama tapi aku tetap sayang dia weyh . .dia baik,kelakar,gedik,suka menyakat aku and macam-macam la . .6.06.2011 tarikh yang paling sweet dalam hidup aku . .aku kuar pergi DATARAN PAHLAWAN dan MAHKOTA PRADE dengan si dia . .memang happy sangat-sangat weyh . .teman dia makan . .teman dia pilih baju . .teman dia pilih selipar . .teman dia karoake . .suara dia yang aku x leyh lupa tu . .memang best la weyh . .bole jadi penyanyi rumah kawin . .haha. . lepas tu teman dia beli barang . .suka buat aku ketawa . .sweetnya kau . .lepas balik aku lepak kedai kat depan sunpower dengan dia and adik aku  . .tp lepas balik mandi dlu la . .hehe . .dia janji dengan aku yang DIA TETAP DENGAN AKU. .SEBAB DIA SAYANG AKU SANGAT-SANGAT . .tapi tu la esok nya kami putus sebab kami gaduh besar masa tu . .nak buat macam mana kan da tak ada jodoh . .aku memang tunggu kan maseg dia,kol dia . .tapi hampa . .ada 1 hari dia maseg aku . .dan dia cakap dia rindu kan aku . .betapa happynya aku dengar . .lepas tu dia nak couple balik dengan aku sebab x boleh lupakan aku . .aku marah dia sebab aku memang tengah sakit hati dengan dia . .tapi lepas tu kami gaduh balik . .MARAH TAPI SAYANG . .itu la masalah aku . .kita orang rajin bertekak. .ade je benda nak gaduh . .kalau baik tu baik gila pulak . .tak apa la . .aku memang da banyak kali di kecewa kan . .memang bagi aku LELAKI semua sama je . .tak boleh nak jaga hati aku kan . .yang taw nak sakit kan hati aku je . .tak apa la . .SAYANG TAK BERMAKNA BERSAMA KAN (: . .aku doakan EPUL bahagia dengan pilihan baru dia selepas aku nanti . .terima kasih sebab bagi aku rasa kebahagiaan walaupun tak lama . .aku bahagia dengan kau weyh . .i love you (: 
Ini yang terakhir aku coret pasal kau EPUL . .jaga diri baik-baik ya . .lepas ini aku tak kutuk dah lagi . .hehe




baju ini la aku pilih dengan dia kat F.O.S . .sayang weyh kt budak nie . .haha . .tapi da tak ada jodoh kan (: